Komuniti penutur bahasa Esperanto Bahasa_Esperanto

Geografi dan demografi

Bilangan penutur bahasa Esperanto di Eropah dan Asia Timur adalah lebih banya berbanding di benua Amerika, Afrika, dan Oceania, dan lebih banyak di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar.[2].

Bahasa Esperanto tersebar luas terutama di:

Suatu anggaran bilangan penutur bahasa Esperanto telah dibuat oleh Sidney S. Culbert, seorang profesor psikologi yang bersara bagi Universiti Washington dengan seorang penutur bahasa Esperanto yang lama. Mereka mengesan dan menguji penutur-penutur bahasa Esperanto di kawasan-kawasan sampel di berdozen-dozen negara selama dua puluh tahun. Culbert menyimpulkan bahawa antara satu hingga dua juta orang bertutur dalam bahasa Esperanto pada tahap Perkhidmatan Luar Negeri Peringkat 3 dengan "kepandaian yang profesional", iaitu mereka dapat berkomunikasi dengan sederhana idea-idea yang rumit tanpa keraguan, dan mengikuti ucapan-ucapan, siaran radio, dan sebagainya. (Wolff 1996).

Anggaran Culbert bukan dibuat hanya untuk bahasa Esperanto sahaja, tetapi merupakan sebahagian daripada senarai anggaran bagi semua bahasa yang merangkumi melebihi sejuta orang penutur. Anggaran itu diterbitkan setiap tahun oleh Almanak Dunia dan Buku Fakta. Penerangan perkaedahan yang paling terperinci boleh didapati dalam sepucuk surat kepada David Wolff pada tahun 1989. Oleh sebab Culbert tidak pernah menerbitkan keputusan pertengahan yang terperinci untuk negara-negara yang khusus, ketepatan keputusan-keputusannya tidak dapat diukur secara berasingan.

Dalam Almanak itu, anggarannya untuk bilangan penutur bahasa dijadikan nombor bulat untuk juta yang paling dekat. Oleh itu, bilangan penutur bahasa Esperanto diberikan sebagai dua juta. Jika angka ini yang diterbitkan dalam Etnolog adalah betul, ia bermakna bahawa kira-kira 0.03% daripada penduduk dunia bertutur dalam bahasa Esperanto. Walaupun angka ini gagal mencapai matlamat Zamenhof sebagai sebuah bahasa sejagat, ia membayangkan kepopularan yang tiada tandingan di kalangan bahasa buatan yang lain. Etnolog juga menyatakan bahawa bilangan penutur bahasa Esperanto yang asli (denaskuloj) ialah di lingkungan 200 hingga 2,000. Penutur-penutur itu telah membelajari bahasa itu sejak masa kelahiran daripada ibu-bapa mereka yang bertutur dalam bahasa Esperanto (keadaan ini terjadi apabila bahasa Esperanto merupakan bahasa keluarga dalam sebuah keluarga antarabangsa atau kekadangnya dalam sebuah keluarga yang mengabdikan penuturan bahasa Esperanto).

Marcus Sikosek telah mencabarkan angka 1.6 juta yang dikatanya telah dibesar-besarkan. Sikosek mengatakan bahawa jika hanya terdapat sejuta penutur yang disebar dengan sama rata di seluruh dunia, bandar raya Cologne akan mempunyai 180 orang penutur bahasa Esperanto. Bagaimanapun, beliau hanya menjumpai 30 penutur yang fasih di bandar raya itu, dan di tempat-tempat yang dianggap mempunyai banyak penutur bahasa Esperanto, beliau juga mendapati bahawa bilangan penutur juga adalah kurang daripada apa yang dijangka. Beliau juga mendapati bahawa bilangan ahli untuk pelbagai pertubuhan bahasa Esperanto ialah di kalangan 20,000, berbanding anggaran orang lain yang lebih tinggi. Walaupun banyak penutur bahasa Esperanto tidak menjadi ahli untuk sebarang pertubuhan bahasa Esperanto, beliau berasa bahawa anggaran bilangan penutur bahasa itu yang merupakan lima puluh kali lebih daripada bilangan ahli pertubuhan adalah tidak mungkin.[2]. Bagaimanapun, ada orang yang berpendapat bahawa nisbah itu adalah mungkin.

Ahli bahasa Finland Jouko Lindstedt, seorang pakar dalam penutur asli bahasa Esperanto, menyampaikan skim yang berikut [3] untuk menunjukkan perkadaran keseluruhan bagi keupayaan bahasa di dalam komuniti bahasa Esperanto:

  • 1,000 orang menggunakan bahasa Esperanto sebagai bahasa asli mereka
  • 10,000 orang bertutur bahasa Esperanto dengan fasih
  • 100,000 orang menggunakan bahasa Esperanto secara aktif
  • 1,000,000 orang memahami banyak bahasa Esperanto secara pasif
  • 10,000,000 orang pernah membelajari bahasa Esperanto pada takat yang tertentu.

Dengan tiadanya data persampelan Dr. Culbert yang terperinci, atau sebarang data banci yang lain, kepastian bilangan penutur tidak dapat ditentukan. Beberapa pemerhati mungkin akan mencabar kenyataan berikut yang diperoleh daripada laman web Persatuan Dunia Esperanto Persatuan:

Bilangan buku teks yang dijual dan keahlian persatuan-persatuan tempatan membayangkan bilangan orang yang memahami bahasa Esperanto pada takat yang tertentu dalam beratus-ratus ribu dan mungkin juga berjuta-juta.

Budaya

Untuk maklumat lanjut, sila lihat subrencana: Budaya bahasa Esperanto, Kesusasteraan bahasa Esperanto, dan Muzik bahasa Esperanto.

Bahasa Esperanto sering digunakan untuk mengetahui sebuah budaya antarabangsa, termasuk korpus kesusasteraan bahasa Esperanto yang besar dan yang terdiri daripada karya asli dan karya terjemahan. Bilangan karya bahasa Esperanto termasuk melebihi 25,000 buah buku (asli dan terjemahan) serta melebihi seratus majalah yang diedarkan secara tetap. Banyak penutur bahasa Esperanto menggunakan bahasa itu dan Pasporta Servo untuk perjalanan ke seluruh dunia. Ada juga yang suka mempunyai sahabat pena di seluruh dunia melalui Perkhidmatan Sahabat Pena Bahasa Esperanto (Esperanto Pen Pal Service). Setiap tahun, 1,500-3,000 orang penutur bahasa Esperanto bertemu untuk Kongres Dunia Bahasa Esperanto (Universala Kongreso de Esperanto).

Secara sejarah, kebanyakan daripada muzik bahasa Esperanto adalah dalam bentuk tradisi rakyat; pada dekad-dekad kebelakangan ini, lebih banyak rock dan genre moden yang lain telah muncul. Pada setakat yang tertentu, terdapat juga tradisi berkongsi, seperti Hari Zamenhof, dan pola-pola tingkah laku seperti menghindari penggunaan bahasa kebangsaan sendiri dalam mesyuarat-mesyuarat bahasa Esperanto melainkan terdapat sebab-sebab yang baik.

Dua buah filem telah dibuat dengan seluruh dialog dalam bahasa Esperanto:

Gattaca, sebuah filem futuristik, menggunakan bahasa Esperanto untuk menyampaikan pengumuman sistem siar raya.

Suatu kritikan yang kerap adalah bahawa "bahasa Esperanto tidak mempunyai kebudayaan". Bagaimanapun, bahasa Esperanto senjaga berbuat begitu: Bahasa itu bertujuan untuk menjadi alat pemudah cara antara budaya, bukannya pembawa mana-mana satu budaya. (Sila lihat Bahasa Esperanto sebagai sebuah bahasa antarabangsa.)

Matlamat gerakan bahasa Esperanto

Tujuan Zamenhof untuk mencipta sebuah bahasa yang mudah dipelajari adalah untuk menggalakkan persefahaman antarabangsa. Bahasa itu bertujuan untuk dijadikan sebuah bahasa perantaraan antarabangsa, iaitu sebuah bahasa kedua sejagat, dan bukannya untuk menggantikan bahasa-bahasa etnik. Matlamat ini dikongsi secara meluas di kalangan penutur bahasa Esperanto pada dekad-dekad awal gerakannya. Kemudian, penutur-penutur bahasa Esperanto bermula melihatkan bahasa dan budaya yang bertumbuh di sekelilingnya sebagai tujuan pada dirinya, walaupun bahasa Esperanto tidak diterima oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau pertubuhan antarabangsa yang lain.

Penutur-penutur bahasa Esperanto yang hendak melihat bahasa Esperanto diterima secara rasmi atau pada skala besar di seluruh dunia biasanya dipanggil finvenkistoj. Perkataan itu berasal daripada fina venko, yang bermaksud "kemenangan terakhir". Mereka yang menumpukan nilai intrinsik bahasa biasanya dipanggil raĆ­mistoj. Perkataan ini berasal pula daripada Rauma, Finland yang merupakan tempat Kongres Belia Antarabangsa diadakan pada tahun 1980 dan di mana perisytiharan dibuat bahawa kejayaan "fina venko" dan nilai budaya Esperanto adalah tidak mungkin pada jangka pendek. Bagaimanapun, kedua-dua kumpulan itu adalah tidak berbeza sama sekali. (Sila lihat Finvenkismo)

Manisfesto Prague (1996) memberikan pandangan-pandangan gerakan bahasa Esperanto aliran utama dan Persatuan bahasa Esperanto Dunia (UEA), pertubuhan utamannya.